Dalil dari al-Quran:
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.
Dalil dari hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Islam dibina atas lima rukun." Baginda s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai Rasullullah?" Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamu berkemampuan."
Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.
29 September 2013
23 April 2013
Kisah Sejarah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.):
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan". -QS. ar-Rahman (55) : 58
"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik". -QS. ar-Rahman (55) : 70
"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah". -QS. ar-Rahman (55) : 72
"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin". -QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi saw, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2, lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat didunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah, wanita itu menjawab eh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita), saya penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai, lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah di lihat di dunia, lalu wanita itu berkata, akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku, bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, nanti kamu belum syahid lagi, tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi, dalam menceritakan kepada nabi saw, Nabi saw menjawab benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanyalah manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di Syurga Allah.
Sumber: Harian Islam
08 April 2013
24 February 2012
Surah Kahfi Ayat 1-3
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
1. Praise be to Allah, who hath
sent to His servant the and hath allowed therein no Crookedness:
2. (He hath made it) straight
(and Clear) In order that may warn (the godless) of a terrible punishment from
him, and that He may glad tidings to the believers who work righteous deeds,
that They shall a goodly reward,
3. Wherein They shall remain for
ever:
11 February 2012
Al-Quran : Surah Al-A'araf
179.
Many are the Jinns and men we have made for Hell: They have hearts wherewith
They understand not, eyes wherewith They see not, and ears wherewith They Hear
not. They are like cattle,- nay more misguided: for They are heedless (of
warning).
10 February 2012
PROGRAM DI MUTIARA FM - BICARA HADITH
Aktiviti saya terbaharu dan sedang berjalan sekarang ialah program bersama dengan RTM Pulau Pinang dalam slot Mutiara Hati - Bicara Hadith. Bacaan Kitab Hadith 40. Karangan Imam An Nawawi.
Program yang telah bermula pada November 2011 hingga sekarang ke udara pada hari rabu setiap awal bulan.
Sama-sama kita menghayatinya. Semoga Kita menjadi ummat Nabi Muhammad s.a.w di dunia dan akhirat.
Program yang telah bermula pada November 2011 hingga sekarang ke udara pada hari rabu setiap awal bulan.
Sama-sama kita menghayatinya. Semoga Kita menjadi ummat Nabi Muhammad s.a.w di dunia dan akhirat.
08 February 2012
HASRAT HATI
Cita-citaku dimasa depan ialah menubuhkan Maahad Tahfiz sendiri yang akan mendidik masyarakat mendalami ilmu-ilmu Al-quran dan Menghafaz Al-Quran demi memelihara Al-Quran dari sebarang penyelewengan dan supaya masyarakat islam akan terdidik dengan ilmu-ilmu Al-quran serta menjadi amalan soleh mereka di dunia menuju akhirat . Semoga Hajatku ini dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
13 January 2012
Kelas Al Quran di Masjid Negeri
28 June 2011
Kursus Tahsin Al-Quran Bersiri Untuk Imam-Imam Negeri Pulau Pinang
Kursus Wajib untuk Imam-imam Negeri Pulau Pinang dibimbing Oleh Pensyarah2 Tahfiz KITAB dan Imam-Imam Hafiz yang terpilih mulai Julai 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)