14 November 2013

Adab Menuntut Ilmu

1. Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain-lain niat melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka.” [HR Tarmizi]

2. Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie : “Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu” [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3. Banyak Sabar
Imam Syafie pernah berkata: “Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan.” [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra: “Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis” [HR Ahmad dan Baihaqi]

5. Tawadhu’
Imam Ahmad bin Hambal berkata: “Kami disuruh supaya tawadhu’ (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya.” [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6. Menjahui dari makan banyak

Ibn Jama’ah berkata: “Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal.” [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7. Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (Syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT).” [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8. Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam.”

PETUA MENGHILANGKAN KAHAK (BALGHAM)

Terlalu banyak kahak dapat mnimbulkan bermacam-macam penyakit, terutama sakit kepala seperti pening dan lain-lain. Untuk itu perlulah mengamalkan ayat Kursi untuk menghilangkan kahak itu. Caranya:

- Ambil 7 cubit garam putih lalu bacakan pada setiap cubit garam itu 7 kali ayat Kursi. Jadi jumlah keseluruhan bacaan itu ialah 49kali.

- Setelah habis membaca, maka kulumlah garam yang telah dibaca dengan ayat Kursi itu setiap hari satu cubit hingga genap 7 hari. 

In sya Allah apabila telah genap 7 hari, semua kahak akan hilang dan sembuh dari ganguan sesak nafas, pening kepala dan lain-lain yang disebabkan oleh banyak kahak tersebut.

Kelebihan Seorang Hafiz dan Hafizah al-Quran

Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafaz al-Quran seperti yang digambarkan di dalam hadith Rasulullah s.a.w : 

1. MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli al-Quran (orang yang membaca atau menghafaz Al-Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.

2. DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."

3. AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA

Sabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al-Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"

4. MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.

Sabda rasulullah s..a.w  "Daripada Abu Musa Al-Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."

5. HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA

Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah Bin Mas'ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafaz al-quran.
Sesungguhanya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan siapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah ia bergembira."

6. MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"DaripadaIbnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; " yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."

7. DISAYANGI RASULULLAH S.A.W

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafaz Al-Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."

8. DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafaznya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."

9. PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al-Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al-Quran akan berkata; "Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al-Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redhailah dia." Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan tingkatkanlah." dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."

10. HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.

11. ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al-Quran akan menemui penghafa-nya ketika penghafaz itu keluar dari kuburnya. Al-Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafaznya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafaz tadi menjawab; "saya tidak mengenal kamu." Al-Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al-Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafaz Al-Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab, "kerana anakmu hafaz Al-Quran."
Kemudian kepada penghafaz Al-Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)

12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM SYURGA.

Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Saidatina Aisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al-Quran. Maka tingkatan Syurga yang di masuki oleh penghafaz Al-Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.