26 May 2009

SEMINAR ILMU-ILMU AL-QURAN

Seminar Ilmu-ilmu Al-Quran siri-1 telah diadakan pada 22 Mei 2009 di Masjid Negeri Pulau Pinang dengan jayanya.  Seramai 39 orang peserta telah mengahadiri seminar. 

Siri seterusnya akan diadakan pada bulan JUN 2009 akan datang. Tarikhnya akan diumumkan kemudian.

Antara penceramahnya ialah us Yazid Bin Salleh (Tajwid) dan Us Izwanuddin bin Abd Rahim (Qiraat). 

Sesiapa yang berminat dengan seminar siri seterusnya sila hubungi saya segera. yazbisal@gmail.com
  

SOFTWARE JAWI

Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan Software Jawi (original). Software ini sesuai untuk kegunaan guru-guru KAFA , JQAF dan TADIS dan mereka yang berminat dengan tulisan Jawi. Dapatkan segera, pembelian hanya melalui online dan dihantar melalui pos ke rumah anda.

Sila hubungi saya melalui email yazbisal@gmail.com untuk keterangan lanjut.


08 May 2009

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN

Firman Allah di dalam Surah Faatir (ayat 29-30)

" Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah (Al-Quran) dan mendirikan solat, menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugikan. Allah pasti akan menyempurnakan kepada mereka dan menambahkan kepada mereka anugerahNya. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha merima syukur".

05 May 2009

Kelas Pengajian Al-Quran Di Rumah Ustaz Yazid

Tn. Haji Ramli membaca Al-Quran dan rakan-rakannya mendengar dengan penuh khusyuk.

En. Wan Ismail membaca dengan penuh perasaan.

Ustaz Yasin masih mahu belajar bacaan Al-Quran walaupun sudah bergelar Imam.