29 March 2009

TAJWID AL-QURAN

Diantara objektif yang utama mempelajari Ilmu TAJWID: -

1. Melaksanakan Firman Allah taala kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan Firmannya: ((ورتل القرءان ترتيلا))

2. Untuk mencapai tahap bacaan yang sahih dan tartil yang dibina atas usul ilmu dan mengamalkan bacaan kaedah ilmu tajwid yang lengkap serta memelihara lidah daripada kesalahan membaca Kitab Allah.

Adab-adab Ketika Membaca Al-Quran

—Bersih tubuh badan dan menutup aurat.
—Menghadap ke arah Qiblat
—Berpakaian Bersih dan Kemas
—Memulakan dengan Isti’azah dan Basmalah.
—Menghiasi bacaan dengan Suara yang baik.
—Membaca dengan Khusyu’ dan Tafakkur serta mengambil I’tibar daripada bacaan.
—Membaca dengan tenang dan berhati-hati.

25 March 2009

BELAJAR MEMBACA AL QURAN DALAM TALIAN

Kaedah ini dicadangkan kepada mereka yang tidak mempunya masa yang sesuai untuk mengikuti kelas pengajian secara formal. Walaubagaimanapun belajar dihadapan guru adalah lebih baik dan sempurna.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai kaedah ini yang menggunakan IT dan Broadband.

Masa Belajar secara online akan ditetapkan mengikut kesesuaian masa belajar anda dan guru pembimbing.